SomBeat.com
Music for Everyone

SomBeat.com

img

Hanya kita yang tahu

Pop

240
68 Views
Share whit Friends
Share Direct Link

Ia datang tanpa dirancang Ia hadir tanpa dipinta... Namun hadirnya membondong lantera.. Menerangi ruang kelam dengan cahaya bahagia Kau memberi rasa, Kau juga menghulur keikhlasan.. Terpempan dengan nekadmu, Hingga terketar menyeka jidat Kerana peluh menerbit cemas. Aku tahu, kau juga tahu Dinding sempadan telah kita robohi Huluran jiwamu ku sambut seikhlasnya Demi sebuah rasa yang wujud tanpa disangka.. Rasa yang dikenali sebagai rindu Rindu itu kita genggam bersama Walau tahu ia hadir di ruang waktu yang salah, Saat kau dan aku telah dimiliki Dimeterai satu ikatan yang memalingkan kita Wahai sayangku, Mengapa hadirmu terlalu lewat meniti Disaat senja melabuhkan tirai Disaat bahtera meninggalkan titian Walau saling merindu, saling menyayangi Menggapai cinta di bibiran hati.. Kita mungkin punyai rasa yang sama Namun zahirnya tidak memiliki.. Wahai kelasi mengemudi bahtera Tindakmu terbejat tanpa layar Andai belum kaku terlena Sampaikan salam kerinduanku Padanya yang tak mungkin kumiliki Selagi jasad menghela senafas Kau dan aku tersimpuh menyimpul Menekat rindu bersulam esakan Walau hanya kita yang tahu...


Download Music and Video


Sign up now and you will be able to download MP3 videos and music!